Puisi: SELAMAT JALAN LAILA



SELAMAT JALAN LAILA
(TEJA)

Ucapan selamat jalan darimu teman seperjalanan terlampau mencairkan.Hangat tangan dan rangkul nyaman yang kemudiannya mendebu kabur di awanan melenyekkan aku dalam tatap pergi seorang rakan.Dan percayalah..tulip senyum akhir yang kau titip dari perjalanan 5 langkah sebelum menaiki pesawat,memang benar yang paling mekar pernah berakar di bibirmu,Laila.

Dan serangkai selamat tinggal buatmu Laila: tak mungkin pernah mampu memadamkan walau cuma selaman kisah antara kita;aku dan kau.Biarkan jarak itu melanggar kita sampai bertemu lagi.Entah di Kashmir, Perancis atau mungkin Krabi.Aku pun tak mengerti takdir Tuhan.

Namun darimu teman,adalah selamat tinggal yang jua memaksakan aku untuk memenggalkan beratus lebih puisi kering di helaian sisi diari hijau--
Kerana aku gentar kiranya besok Tuhan mengajarkan aku cara melupakan kau,temanku Laila yang sentiasa ada.

Ulasan

Catatan Popular