DI SINI TIDAK ADA BUMI




Bahawa hidup

bukanlah kematian yang harus ditangisi,
kukirimkan kamu sepotong manisan
yang rasi,
di sini tidak ada bumi,
aku tidak berdiri,
dan kau tidak lagi dewi.

Angin malam memasukimu 
sebagai hantu,
dan kau menari dengan cebis-cebis waktu,
hanyasanya tulisanmu khutbah yang lucu.

Ahad, 4 November.

Ulasan

Catatan Popular